Wednesday, December 30, 2009

Jom Ubahsuai RUMAH IDAMAN anda secara ONLINE

Lakaran Idea : Rumah teres Lufti berkonsepkan anjung rumah melayu tradiosional.
Ruang santai sekeluarga di hujung minggu mewujudkan interaksi ruang
dalaman (ruang tamu) dan
luaran (laman) rumah.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 dan semoga anda sihat sejatera dengan azam baru. Ramai di antara kita yang telah memiliki rumah atau baru bercadang nak beli rumah sendiri dan tahniah diucapkan kepada yang telah memiliki rumah sendiri kerana ia satu pelaburan yang berbaloi. Sebaiknya beli ketika usia kita masih muda banyak faedahnya.

Jadi, anda mesti akan membuat ubahsuai rumah kediaman anda bagi menampakan lebih luas dan selesa bagi memenuhi kehendak sendiri atau keluarga. Tetapi....ramai juga yang mengalami masalah dan dilema untuk mendapatkan IDEA bagi UBAHSUAI RUMAH idaman masing-masing. Adakalanya sampai dah mula kerja di tapak masih tidak jelas idea dan konsep keseluruhan ubahsuai yang yang hendak dilakukan. Akhirnya bajet ubahsuai RM50,000 boleh jadi RM100,000 sebagai contoh. Tetapi AWAS ramai pemilik rumah mengalamai masalah ini.

Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk memberi perkhidmatan IDEA PERTAMA Ubahsuai Rumah Idaman (Teres) secara ONLINE sepenuhnya kepada setiap pemilik rumah 1 Malaysia yang ingin membuat ubahsuai rumah baru atau rumah sedang diduduki. Bagi yang tiada IDEA atau mengalami dilema dalam menentukan konsep keseluruhan ubahsuai rumah mereka. Pelan Idea Pertama Ubahsuai Rumah ini dapat digunakan untuk mendapatkan kos anggaran kasar dari kontraktor dan menjelaskan serta menetapkan kehendak ruang tambahan bagi pemilik rumah. Ia juga memudahkan pemilik rumah membuat perancangan awal dalam untuk persediaan ubahsuai rumah dan menetapkan kos anggaran diperlukan.

Disamping itu blog ini juga akan memberi tips, idea dan panduan dalam membuat ubahsuai rumah kediaman anda. Semoga blog ini dapat membantu setiap pemilik rumah di Malaysia dalam menyelesaikan masalah mendapatkan IDEA Ubahsuai rumah idaman.